Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 1 Ilmu
Masa : 8.30 pagi – 9 pagi
Tajuk : Unit 4- Perkataan yang mengandungi suku kata KVKV
Kemahiran : 4.0- Mengeja perkataan KV+KV.
: 4.4 - Membaca perkataan yang mengandungi suku
Kata KV + KV
Objektif : Pada akhir P&P ini murid dapat :
1) Membaca suku kata berdasarkan gambar.
2) Membaca perkataan berdasarkan yang
mengandungi suku kata KV + KV .
Aktiviti :
1) Set induksi nyanyian lagu, murid menyanyikan lagu yang dipamerkan
di papan tulis.
2) Guru menggariskan perkataan KV +KV pada lagu tersebut.
3) Guru tunjuk perkataan KV +KV di papan tulis ,murid membaca
Kelas , kumpulan dan individu.
4) Guru pamerkan gambar,murid menamakan gambar dan mengeja
perkataan berdasarkan gambar.
5) Murid dilatih mengeja dan membunyikan suku kata KV+KV secara
latih tubi.
6) Murid membina ayat dari perkataan KV+KV.
Refleksi : 98% murid boleh membaca suku kata KV+KV dengan betul dan
membina ayat dari perkataan KV+KV yang telah dipelajari.
BBM : kad suku kata ,kad gambar dan senikata lagu.
4.4 membaca perkataan yang mengandungi suku kata